Cari Makan Di Indah Permai (IP), Kota Kinabalu, Sabah. Restoran Srikandi.

restoran-srikandi-1-mrkjblog
Restoran Srikandi Indah Permai.

Pada ahad, 25 Dis 16 yang lepas kebetulan pusing-pusing cari barang keperluan untuk anak-anak sekolah sambil cuci mata terjumpa sebuah kedai makan yang dikabarkan masih baru lagi beroperasi (dalam sebulan dua). Mengenangkan perut pun dah berkeroncong, kebetulan lalu di hadapan kedai tersebut singgah melepaskan hajat perut adalah jalan yang terbaik di Restoran Srikandi, Indah Permai (IP).

restoran-srikandi-2-mrkjblog
Restoran Srikandi – Pemandangan yang biasa dari luar.

Jika diperhatikan dari luar keadaan kedai makan tersebut nampak biasa sahaja dan tidak ada apa pun yang menarik tentangnya. Restoran tersebut terletak di Indah Permai atau lebih dikenali dengan nama IP, terletak di barisan kedai berhadapan dengan Giant serta bersebelahan dengan Hotlink dan berdekatan dengan KFC di sebelah kanan seberang jalan kedai tersebut.

restoran-srikandi-menu-mrkjblog
Menu Restoran Srikandi.

Apa yang diceritakan di sini hanyalah berdasarkan kepada makanan yang telah diorder sahaja dan tidak menyentuh menu yang lain (akan dicuba untuk masa yang akan datang). Bagi mereka yang ingin makan secara santai, restoran ini juga menyediakan cara makan di atas lantai (bersila – di ruang khas) sebagai tread markRestoran Srikandi. Inilah satu-satunya kedai yang menyediakan perkhidmatan makan secara bersila di kawasan IP dan sekitar. Di antara menu yang diorder adalah, Nasi Ayam Penyet, Nasi Ayam Bakar Surabaya, Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Ayam, Nasi Goreng DagingCendol Pulut, Mee Sizling, Nasi Goreng Daging dan Cendol Aiskrim.

milo-peng-dalam-balang-mrkjblog
Kakak dengan milo ‘peng’ dalam balang ???
cendol-aiskrim-restoran-srikandi-mrkjblog
Cendol aiskrim.
nasi-ayam-penyet-restoran-srikandi-mrkjblog
Nasi Ayam Penyet + sambal yang sedap + sayuran + tempe goreng tepung + nescafee tarik kaw.
restoran-srikandi-menu-board-mrkjblog
Menu Terkini Restoran Srikandi-Harga bukan ukuran jika kena dengan anak tekak…yer tak???
accessories-restoran-srikandi-mrkjblog
Antara accessories yang disediakan.

Kesemua menu (yang telah diorder) di atas memenuhi selera tekak yang memang susah untuk dipuaskan dengan sebarang makanan yang ada (saya la tu… hee..). Ayam yang terasa rempahnya (tidak tawar) serta rangup di luarnya, sambal yang boleh dikatakan sedap diseluruh  Kota Kinabalu serta sup yang dihidangkan menepati selera sehinggakan puteri saya (Nur A’aina Leayana – 4 tahun) yang paling bungsu pun boleh habiskan sup tersebut begitu sahaja (tanpa makan dengan nasi). Cendol pulut dan cendol aiskrim memang tiada komen kerana semua bahan dan rasanya mencukupi sesuai dengan anak tekak, kena pula masa panas terik, huh… memang terangkat!!!.

img_20170102_115836
Cendol Pulut
img_20170102_115423
Ruang Khas (Kanan) – Bagi mereka yang ingin makan secara bersila.

Dari segi layanan pula, ‘bos’ Restoran Srikandi memang agak ramah dengan pelanggan, layanan pekerjanya juga tidak mengecewakan malah mereka memang dilatih untuk membantu anda jika anda memerlukan sebarang bantuan. Masa menunggu makanan sampai, boleh dikatakan agak pantas berbanding dengan kebanyakan tempat yang pernah saya makan di sekitar Kota Kinabalu.

Dalam banyak-banyak menu yang telah di cuba pasti ada satu atau dua yang boleh ditingkatkan lagi. Pertama adalah ‘Nasi’ yang digunakan, adalah dicadangkan kepada pemilik Restoran Srikandi agar menggunakan ‘Nasi Ayam’ yang sebenarnya dan bukanlah ‘Nasi Putih’ seperti yang diamalkan sekarang. Penggunaan ‘Nasi Ayam’ yang sebenar pasti akan menaikkan lagi nilai setiap menu yang menggunakan ‘Nasi Ayam’ tersebut. Kedua, ‘Stok Accessories Setiap Hidangan’ contohnya Nasi Ayam Penyet mestilah datang dengan ‘Kicap’ dan ‘Sambal’. Kedua-dua bahan tersebut hendaklah mempunyai stok yang banyak agar tidak kehabisan bekalan. Agak mengecewakan jika salah satu accessories wajib’ yang patut dihidangkan tetapi tidak disertakan dan jawapan yang diberikan adalah… HABIS ???…  Satu alasan yang tidak boleh diterima sama sekali. Jika habis, berusahalah untuk menjadikannya ada walau macam mana cara sekalipun. Disebabkan alasan yang kecil (Habis) yang anda rasakan mungkin ‘Tidak Mengapa’ dan ‘Tidak Membawa Kesan Pada Perniagaan Anda’ anda mungkin akan kehilangan pelanggan anda…

img_20170102_120119
Nasi Ayam Bakar Surabaya
img_20170102_115953
Nasi Goreng Daging
img_20170102_120348
Mee Sizzling – Fuyoo… berasap… !!!

Kepada mereka yang berkunjung ke Kota kinabalu, Sabah saya suggest anda datang ke Indah Permai, Restoran Srikandi. Insyaallah… anda tidak akan dikecewakan. Kredit 8/10 saya berikan untuk Restoran Srikandi, semoga bisnes anda semakin maju dan berkembang di serata Negeri Di Bawah Bayu. Bagi saya yang cerewet dalam bab makanan, inilah salah satu kedai yang saya berani suggest buat anda yang berada di luar sana. Kepada ‘pemilik restoran’, jika anda membaca entry ini diharap anda akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada perkara di atas demi ‘menaikkan nilai’ makanan di restoran anda. Kepada para pembaca, selamat mencuba…

restoran-srikandi-google-maps-mrkjblog
Google Maps – Restoran Srikandi (anak panah merah).

Baca selanjutnya:

Obor-obor makanan warisan Negeri Bumi Kenyalang…

Petua penyakit kuning bagi bayi…

Penyakit buah pinggang, kencing manis dan jantung sembuh tanpa ubat ?

Cara membuang kutil, Skintag @ daging lebih…

Cara membuang biji kolestrol…

Tahi lalat adalah kansert…

Ketuat tanda kanser pangkal rahim…

Penawar saluran jantung & kandungan gula tinggi dalam darah …

Cara menghilangkan parut…

Gout hilang dalam 1 bulan ?…

Pesakit stroke / angin ahmar pulih setelah amalkan…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s