Resepi Umai Obor-Obor Warisan Rakyat Sarawak.

Jika disebut umai obor-obor sudah pasti kebanyakan rakyat Sarawak akan kecur air liur jika teringatkannya. Inilah salah satu daripada warisan makanan rakyat Sarawak yang tidak hilang ditelan zaman malah sentiasa berkembang dari segi persembahan serta penyediaannya. Malah mereka yang berasal dari Semenanjung juga mula menyukai makanan tradisi tersebut.

Kebanyakan obor-obor yang ditangkap di perairan Sarawak adalah bertujuan untuk eksport ke luar negeri dan hanya sebahagian sahaja untuk pasaran dalam negeri. Namun begitu bekalan untuk pasaran dalam negeri tidak pernah putus atau berkurangan disebabkan kepentingan eksport tersebut.

Untuk membuat umai obor-obor tidaklah sesukar seperti mana penyediaan makanan lain. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana rasa umai obor-obor tersebut kan… Bagi mereka yang pernah merasa pasti jawapannya… nak lagi !!!. Mari kita lihat resepi dan cara serta bahan-bahan yang diperlukan bagi penyediaan umai obor-obor tersebut;

umai-obor-obor-mrkjblog-wordpress
Umai Obor-Obor Warisan Sarawak – Gambar daripada sahabat yang berasal dari Johor.

Bahan-bahan: (Rasa adalah bergantung pada lidah masing-masing)

1.) Obor-obor masin 1 mangkuk kecil (Dicuci, dipotong kecil dan direndam sebentar 15-30 minit)

2.) 3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)

3.) 2 tangkai cili kering (ditumbuk halus)

4.) 10 biji limau belacan/kasturi (diambil airnya)

5.) Serbuk perasa (ajinomoto – secukup rasa)

 

Cara-cara:

1.) Obor-obor yang telah dipotong kecil dan telah direndam ditoskan airnya. Masukkan dalam mangkuk kemudian diperah dengan air limau kasturi (pastikan limau dibuang bijinya) kemudian digaul sebati, biarkan. Tujuan memasukkan air perahan limau kasturi dahulu adalah, bertujuan agar asid yang terkandung dalam limau tersebut cukup masa untuk ‘memasak’ obor-obor tersebut.

2.) Tumbuk cili kering sehingga lumat dan masukkan bawang merah, tumbuk sehingga lumat juga. Setelah selesai campurkan ke dalam manguk berisi obor-obor, gaul sebati.

3.) Tambahkan ‘aji’ secukup rasa dan gaul sebati, siap boleh dimakan. Sesetengah tempat ada yang menambah accessories di bawah ke dalam campuran obor-obor tersebut. Terpulang pada anda, namun saya lebih suka yang original tanpa accessories.

4.) Selamat mencuba.

 

Accessories:

1.) Hirisan halus halia.

2.) Hirisan bawang merah.

3.) Hirisan bawang holland.

4.) Hirisan cili padi.

5.) Kacang goreng (yang ditumbuk halus).

6.) Hirisan limau kasturi.

P/s: Resepi obor-obor tidaklah berhenti setakat untuk dibuat ‘umai’ sahaja, malah terdapat perbagai variasi masakan yang berasaskan obor-obor termasuklah memasak obor-obor tersebut (pelikkan…???, sebab jika obor-obor dimasak pasti ianya akan cair menjadi air…hmm…)

  • Terima kasih kepada sahabat saya, Mohd Shahrul Musa yang berasal dari Johor diatas sumbangan gambar ‘Umai Obor-Obor’ tersebut.

 

 

Baca selanjutnya:

Petua penyakit kuning bagi bayi…

Penyakit buah pinggang, kencing manis dan jantung sembuh tanpa ubat ?

Cara membuang kutil, Skintag @ daging lebih…

Cara membuang biji kolestrol…

Tahi lalat adalah kansert…

Ketuat tanda kanser pangkal rahim…

Penawar saluran jantung & kandungan gula tinggi dalam darah …

Cara menghilangkan parut…

Gout hilang dalam 1 bulan ?…

Pesakit stroke / angin ahmar pulih setelah amalkan…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s