Bahana Meninggalkan Solat.

solat_mrkjblog
Solatlah kamu sebelum kamu di solatkan !!!

Setiap insan yang mengaku dirinya Muslim, maka solat merupakan tonggak utama yang perlu diberi perhatian khas berbanding perkara lain dalam kehidupan. Ini kerana, solat merupakan kunci kepada kehidupan di dunia dan akhirat bagi mereka yang bergelar Muslim.

Sebaliknya mereka yang melalaikan solat malah tidak menunaikannya pasti dan akan menerima kesan yang dahsyat akibat deripada perbuatan meninggalkan solat tersebut. Di antaranya adalah:

 

1.) DITURUNKAN LAKNAT CELAKA dan SIAL ke atasnya setiap hari siang dan malam. (Ust Fawwaz Md Jan – Zon Kuliah, Ust Azhar Idrus, Ust Rasul Dahri – AKYMEDIA).

2.) Jika solat mendapat pahala yang besar, MENINGGALKAN SOLAT MERUPAKAN DOSA BESAR. (Ust Shamsuri Hj Ahmad)

3.) AKAN MELAHIRKAN BENIH (ZURIAT) YANG SIAL. (Ust Azhar Idrus)

4.) ORANG YANG TIDAK SOLAT LEBIH JAHAT DARI IBLIS LAKNATULLAH. (Ust Azhar Idrus) – Kerana Iblis tidak mahu hormat kepada Nabi Adam a.s, bukan tidak mahu tunduk kepada Allah s.w.t.

5.) DITOLAK SEMUA AMALANNYA. (Ust Rasul Dahri – AKYMEDIA) – Mereka yang solat, insyaAllah akan diterima semua amalannya. Bagi mereka yang tidak solat, semua amalannya tidak akan diterima. Ini kerana SOLAT merupakan perkara yang mula-mula akan dihisab.

6.) TIDAK DITERIMA PUASANYA, SEDEKAH & ZAKATNYA, HAJINYA dan AMALAN BAIKNYA (yang lain). (Ust Fawwaz Md Jan – Zon Kuliah).

7.) AKAN DIAZAB DI NERAKA SAQAR. (Ust Azhar Idrus), Neraka Saqar – Neraka yang PALING PANAS sehinggakan jika neraka-neraka lain berada berdekatannya, neraka-neraka yang lain tersebut akan terbakar dan hangus kerana kepanasannya. (Ust Rasul Dahri – AKYMEDIA).

8.) TIDAK MENDAPAT BAHAGIAN DARIPADA ‘TUAH’ & SYAFAAT (pertolongan) dari NABI MUHAMMAD S.A.W. (Ust Fawwaz Md Jan – Zon Kuliah).

9.) BUKAN TERGOLONG DARIPADA UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W. (Ust Fawwaz Md Jan – Zon Kuliah).

 

Sungguh pun begitu, SOLAT PERLULAH MENEPATI CARA RASULULLAH S.A.W SOLAT, bukan sekadar ikut-ikutan, bukan daripada Imam atau orang perseorangan. (Ust Rasul Dahri – AKYMEDIA).

Saya berpesan kepada diri saya dan para pembaca agar sentiasa Istiqamah serta berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga solat 5 waktu. InsyaAllah… semoga kita sentiasa dipermudahkan serta diberi kekuatan untuk mengerjakan solat 5 waktu sehari-semalam tanpa gagal.

 

 

Baca selanjutnya:

Petua penyakit kuning bagi bayi…

Penyakit buah pinggang, kencing manis dan jantung sembuh tanpa ubat ?

Cara membuang kutil, Skintag @ daging lebih…

Cara membuang biji kolestrol…

Tahi lalat adalah kansert…

Ketuat tanda kanser pangkal rahim…

Penawar saluran jantung & kandungan gula tinggi dalam darah …

Cara menghilangkan parut…

Gout hilang dalam 1 bulan ?…

Pesakit stroke / angin ahmar pulih setelah amalkan…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s