Petua Penyakit Kuning (Jaundice) Bagi Bayi.

Pada bulan Jul 2006 kelahiran anak yang ke-2 (lelaki) sangat mengujakan, ini kerana anak pertama keluarga kami merupakan anak perempuan justeru ini  melengkapkan kehidupan kami menjadikannya sepasang (lelaki dan perempuan).

bayi-kuning-mrkjblog-wordpress-com

Sebelum kelahiran nama bagi bayi yang bakal dilahirkan telah pun ditetapkan, jika lelaki akan diberi nama Muhammad Sayyid Aiman yang membawa maksud ‘Muhammad Pemimpin Yang Bertuah’. Pada hari kelahiran dan setelah selamat dilahirkan Sayyid (nama panggilan) hanya mahu meminum susu badan dalam masa 1 hari sahaja dan untuk hari-hari berikutnya terpaksa diberi minum susu formula ‘Lactogen’.

Beberapa hari kemudian seluruh badan dan mata Sayyid nampak seakan berubah daripada warna asal menjadi warna seakan kekuning-kuningan. Hasil daripada pemeriksaan doktor mengesahkan bahawa Sayyid mengidap penyakit kuning (Jaundice) dengan bacaan yang agak tinggi menyebabkan Sayyid terpaksa ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan. Semasa proses rawatan, Sayyid diletakkan di bawah cahaya biru. Sayu rasa hati bila melihat Sayyid diletakkan di bawah lampu tersebut dengan dibogelkan malah nyamuk pun tumpang gembira malah telah berpesta sakan setiap malam. Setiap beberapa jam jari kaki atau tumit atau tangan akan dicucuk untuk proses pengambilan darah bagi menyukat paras serta tahap kekuningan tersebut. Mendengar raungan Sayyid semasa proses tersebut, rasa bagai luluh seluruh jantung dan tak tertahan rasanya macam nak bagi penyepak jer dekat doktor tersebut…hahaa.. Sabor… sabor… itu dah kerja dia…

Sejak peristiwa tersebut saya berusaha untuk mencari penawar bagi penyakit kuning (Jaundice) yang Sayyid alami. Pelbagai petua telah saya cuba seperti bawak berjemur pagi-pagi, bagi minum susu kambing, makan itu dan ini namun semuanya tidak berhasil. Malah semakin mengeruhkan keadaan, sehinggalah saya terjumpa dengan buku yang bertajuk ‘Berubat Dengan Anggur’.

Setelah diteliti kandungan buku tersebut dan membuat keputusan dengan menggunakan anggur hijau dan ianya merupakan pilihan yang terbaik. Anggur hijau (paling baik jika ada biji) tersebut dilenyek-lenyek dan diambil airnya sehingga setengah botol susu. Kemudian diberikan kepada Sayyid untuk diminum sehingga kenyang.

Pada hari ke-3 sejak mengamalkan petua tersebut  Sayyid buang air besar dan bila diperiksa paras kuning dalam badannya, amat mengejutkan ianya telah kembali hampir kepada bacaan yang normal. Sejak itu saya telah mengamalkan petua ini iaitu dengan menggunakan anggur hijau bagi bayi yang mengalami kuning sehinggalah sekarang.

Untuk anak ke-4, pada masa isteri mengandung beliau telah mengamalkan meminum air kelapa muda sebanyak 2 kali seminggu (paling kurang). Kesan daripada amalan meminum air kelapa muda, anak yang ke-4 langsung tidak mengalami masalah kuning setelah dilahirkan mahu pun ketika masih bayi. Malah lahir dengan kulit yang cantik, kemerah-merahan, rambut yang lebat serta pelbagai kebaikan yang lain hasil amalan meminum air kelapa muda. Alhamdulillah… sehingga sekarang kedua-dua petua di atas telah keluarga saya amalkan malah memberikan hasil yang positif serta sangat boleh dipercayai berbanding segala petua yang telah sedia ada.

Kepada sesiapa yang mempunyai masalah bayi menghidap kuning adalah disarankan untuk mencuba petua yang telah saya amalkan ini. Saya berdoa semoga bayi-bayi@anak anda dan saya sentiasa sihat ceria serta dijauhkan dari penyakit kuning dan pelbagai penyakit yang lain. Dipersilakan untuk Share@kongsi artikel ini kepada sesiapa sahaja yang mungkin memerlukannya.

 

set-ibu-mengandung-shaklee-mrkjblog-wordpress-com
Memperkenalkan Set Ibu Mengandung Shaklee

Kebaikan Set Ibu Mengandung Shaklee:

Vitalea – Membekalkan zat besi utk penghasilan darah yg cukup, mengelakkan anemia dan pitam.

Ostematrix – Membekalkan kalsium utk tulang dan sel bayi.  mengelakkan kekejangan otot, sakit badan, sembelit dan menstabilkan jantung.

Vita-C (Vitamin C) – Membekalkan Vitamin C harian tubuh, antioksidan dan mencegah kanser.

ESP – Membekal protin, membantu menyerap zat dan nutrien dari makanan, mengurangkan risiko janin cacat serta membantu penghasilan susu ibu.

B Complex – Mengawal stress, mengelak pigmentasi kulit, mengekalkan kelembapan kulit serta membantu pembentukan darah dan hormon yang sangat diperlukan.

Omega Guard – Membekalkan DHA bagi perkembangan otak bayi, mengawal stress serta mengawal berat badan ibu.

 

Untuk mendapatkan Set Ibu Mengandung Shaklee:

>> Beli secara online melalui kad kredit atau debit >> 1-3 Bulan KLIK DISINI @

>> Beli secara online melalui kad kredit atau debit >> 4-9 Bulan KLIK DISINI @

>> Hubungi saya untuk mendapatkannya SMS/Whatsapp: 019-5498150 (KJ) @

>> Email ke: mrkjweb@gmail.com

 

Baca selanjutnya:

Penyakit buah pinggang, kencing manis dan jantung sembuh tanpa ubat ?

Cara membuang kutil, Skintag @ daging lebih…

Cara membuang biji kolestrol…

Tahi lalat adalah kansert…

Ketuat tanda kanser pangkal rahim…

Penawar saluran jantung & kandungan gula tinggi dalam darah …

Cara menghilangkan parut…

Gout hilang dalam 1 bulan ?…

Pesakit stroke / angin ahmar pulih setelah amalkan…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s