Tahi Lalat Hidup @ Mati, Sejenis Kanser?

www-mrkjblog-wordpress
Tahi Lalat Hidup

 

Pasti semua orang mengenali apakah itu Tahi Lalat, sama ada hidup atau pun mati. Nama saintifik bagi tahi lalat adalah Melanocytic Naevi (bebelit lidah nak sebut), malah ada pelbagai jenis rupa mahupun bentuk tahi lalat. Ada yang besar dan kecil, bulat atau lonjong, sama ada timbul mahupun rata dengan kulit. Ada juga sesetengah tahi lalat yang ditumbuhi oleh bulu, kebanyakan jenis ini dikaitkan dengan atau sebagai tanda lahir…yer ker?.

Terdapat 3 jenis tahi lalat yang umumnya tumbuh atau sering kita Nampak, nama saintifik bagi ke tiga-tiga tahi lalat ini pula adalah:

a.) Compound Melanocytic Naevi – Berwarna coklat muda, menonjol atas permukaan, kadang-kadang ditumbuhi bulu.

b.) Dermal Melanocytic Naevi – Berwarna pucat, permukaan menonjol keluar, kadang-kadang ditumbuhi bulu.

c.) Junctional Melanocytic Naevi – Berwarna coklat, berbentuk pipih dan kadang-kadang bulat.

 

Tahi Lalat Adalah Kanser?

Jika diteliti kebanyakan tahi lalat adalah tidak berbahaya kepada manusia, namun terdapat sesetengah yang sememangnya berbahaya bagi manusia serta salah satu daripada tanda pengidap  KANSER KULIT yang dikenali dengan nama saintifik sebagai Melanoma. Daripada tahi lalat yang biasa ianya boleh menjadi penyakit kulit yang berbahaya iaitu kanser kulit. Tahi lalat jenis ini berbeza dengan jenis tahi lalat yang biasa kita nampak di mana ianya memiliki bahagian tepi (sekitar) yang kasar, diameter yang besar (lebih dari 6 mm) malah kadang kala terasa gatal juga mengeluarkan darah.

 

Apakah Penyebab Tahi Lalat (Kanser) Ini Muncul?

a.) Mempunyai tahi lalat biasa lebih daripada 50 biji.

b.) Memiliki tahi lalat yang lebarnya lebih dari 5 mm – bahagian tepi tidak rata, berwarna pudar sekitar kulit yang berkaitan.

c.) Sering terdedah dengan pancaran UV (Ultra Voilet).

d.) Keturunan.

e.) Sering mengambil ubat-ubatan yang menurunkan sistem kekebalan tubuh (Anti Body) di mana, kesan pengambilan ubat-ubatan ini akan menjadikan kulit seseorang itu menjadi amat sensitive terhadap sinar pancaran matahari.

 

Bagaimana Cara Mengatasinya?

a.) Pembedahan

b.) Kimoterapi

c.) Imunoterapi

d.) Radioterapi

 

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati !

Bagi mereka yang mempunyai banyak tahi lalat, adalah dinasihati agar anda kurangkan daripada terdedah dengan pancaran cahaya matahari untuk tempoh yang panjang. Hindari diri daripada pancaran cahaya matahari daripada jam 1200 tengahari hingga 0300 petang. Ini kerana, pancaran cahaya matahari pada tempoh tersebut mempunyai kadar kandungan radiasi (UV) yang sangat tinggi. Sekiranya anda mempunyai tahi lalat yang bahagian tepinya tidak rata atau pun jenis yang boleh membesar, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

 

Bahaya Buat Pesakit Kanser !

Anda dinasihatkan jika boleh elakkan atau jangan sesekali mengambil bahan-bahan di bawah sebagai ubat atau pun supplement:

1.) Ginseng

2.) Spirulina

3.) Daun belalai gajah

Ketiga-tiga bahan di atas mengandungi paras estrogen yang sangat tinggi. Kesan estrogen terhadap pesakit kanser adalah sel-sel kanser tersebut akan membesar serta merebak. Ini kerana estrogen merupakan makanan kepada sel-sel kanser.

Daun Belalai Gajah hanyalah baik untuk mencegah kanser atau pencegahan daripada terkena kanser. Namun, jika telah disahkan mengidap kanser adalah disarankan agar berhenti daripada menggunakan daun tersebut.

Bagi pesakit kanser yang sedang menjalani proses Kimoterapi/Chemotherapy, untuk mengurangkan letih/lemah selesai setiap sesi tersebut disarankan mengambil bahan-bahan di bawah sebagai supplement:

1.) Durian Belanda (Soursop)

2.) Jintan Hitam (Habbatus Sauda)

3.) Madu

 

Baca selanjutnya:

Cara membuang tahi lalat…

Bahana meninggalkan solat…

Petua penyakit kuning bagi bayi yang ampuh…

Cara membuang Skintag @ daging lebih…

Cara membuang biji kolestrol…

Ketuat tanda kanser pangkal rahim…

Penawar saluran jantung & kandungan gula tinggi dalam darah …

Cara menghilangkan parut…

Gout hilang dalam 1 bulan ?…

Pesakit stroke / angin ahmar pulih setelah amalkan…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s