Saya Dah Puas Berdoa, Kenapa Masih Belum Dikabulkan? Ini Jawapannya…

doa-mrkjblog-wordpress
Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah: 186)

Salam dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian.

Pernahkan anda terfikir tiap hari dan saban waktu pelbagai jenis doa telah kita munajatkan kepada Tuhan Yang Esa. Namun hingga ke hari ini, tiada satu pun doa yang kita panjatkan dikabulkan. Apakah Tuhan tidak mendengar doa hamba-hambanya?. Lalu sesetengah kita berputus asa dari berdoa dan terus berada dalam dilema yang kita sendiri ciptakan, mengikut kata hati dan tidak menoleh kembali apakah sebenarnya serta punca doa kita tidak dimakbulkan.

Mari kita kembali sejenak ke alam di mana kita dilahirkan. Apakah perkara pertama yang dituntut sebaik sahaja kita dilahirkan?. Ya, sudah tentu jawapannya adalah “AZAN & QAMAT”. Setiap bayi yang dilahirkan dalam Islam, perkara pertama yang harus dilakukan oleh seorang bapa adalah Azan di telinga kanan kemudian Qamat di telinga kiri bayinya. Apakah makna dan mesej yang ingin disampaikan di sini sebenarnya?.

Saya ingin menyentuh ayat ke empat di dalam azan iaitu “Marilah Sembahyang”. Ayat keramat ini amat berkait rapat dengan doa yang kita munajatkan serta ramai yang tidak tahu di sinilah salah satu punca dan kunci kepada doa yang mustajab. Sembahyang, merupakan perkara pertama yang akan dihisab di alam barzakh nanti, semua orang tahu perkara ini bukan?. Sekiranya sembahyangnya lulus, kemudian perkara-perkara wajib, insyaAllah perkara yang seterusnya akan menjadi mudah dan syurga yang diidamkan terbuka luas buat kita.

Persoalannya, disaat azan dialungkan di manakah kita berada dan apa yang kita buat pada waktu itu?, jika sedang menonton tv adakah akan terus menonton, sekiranya tengah membeli belah adakah terus dengan aktiviti tersebut, sekiranya tengah online adakah akan terus online dan sebagainya. Lalu, apa tindakan kita sebetulnya?, jika jawapan anda adalah teruskan dengan aktiviti yang dilakukan pada masa dan saat itu maka tidak hairanlah mengapa doa kita tidak diendahkan serta tidak dikabulkan. Seperti mana kita tidak endahkan panggilan Tuhan Sekalian Alam yang menyeru kita untuk mengadapnya sebanyak lima kali sehari. Itu pun kita banyak berdalih dengan pelbagai alasan yang sengaja diciptakan untuk menutup serta menyedapkan hati kita, sedangkan sembahyang itu WAJIB dan DITUNTUT !!!. Tidak kira apa pun alasan yang diberikan, sembahyang adalah perkara yang paling utama perlu dilaksanakan dalam hidup seorang Muslim.

Bagaimana pula sembahyang di awal waktu? atau kita sering kali sembahyang hampir habis waktu serta melengah-lengahkan masa sampai kadang-kala terpaksa di qada solat tersebut. Kerap kali pelbagai alasan yang dilemparkan untuk menegakkan kejahilan kita terhadap seruan Tuhan. Jika begitulah sikap kita terhadap solat, maka tidak hairanlah doa kita juga tidak diendahkan serta dilengah-lengahkan oleh Tuhan seperti mana kita tidak endahkan dan melengah-lengahkan panggilan Tuhan.

Marilah kita kembali kepada asas di atas, sembahyang tepat pada waktu juga di awal waktu tanpa memperdulikan apa jua alasan, tanpa memperdulikan apa jua urusan. Dengan menjaga solat serta solat di awal waktu, insyaAllah Allah akan menjaga kita serta mempermudahkan segala urusan kita dan memakbulkan doa kita. InsyaAllah…

Rasulullah SAW bersabda:

“Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain.” (Hadis riwayat Thabrani)

 

Baca selanjutnya:

Cara membuang kutil / daging lebih / skintag…

Cara membuang Skintag @ daging lebih…

Cara membuang biji kolestrol…

Tahi lalat adalah kansert…

Ketuat tanda kanser pangkal rahim…

Penawar saluran jantung & kandungan gula tinggi dalam darah …

Cara menghilangkan parut…

Gout hilang dalam 1 bulan ?…

Pesakit stroke / angin ahmar pulih setelah amalkan…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s