Petua Membuang Ketuat (Warts) !

Teringat saya sewaktu kecil dahulu, ketuat mudah sangat untuk muncul lebih-lebih lagi di bahagian tangan dan kaki… masa tu saya pun tak tahu apa puncanya. Sesetengah tempat di Sarawak, ketuat dikenali dengan nama “TOMBIL”…hahaa lucukan nama tu?.

Baiklah, ketuat terjadi disebabkan oleh sejenis Virus yang dikenali sebagai Human Papilloma Virus (HPV). Virus ini tidaklah hanya menyerang masyarakat Asia sahaja, malah ianya berlaku di mana-mana sahaja di dunia. Penyakit ketuat tidaklah merbahaya kepada manusia sebenarnya, malah tidak memerlukan sebarang Vaksin serta tiada kompilasi merbahaya disebabkannya, namun jika terlampau banyak memang menimbulkan masalah seperti mana yang pernah dilaporkan dan mengejutkan seluruh dunia tentang “Lelaki Pokok” yang tersebar di Indonesia pada 2007 dan terbaru di Bangladesh pada 2016. Untuk ketuat jenis ini dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Epidermodysplasia.

 

www-mrkjblog-wordpress
Lelaki Pokok Yang Menggegarkan Dunia

Perlu diingat, ketuat bukan sahaja boleh muncul di tangan atau kaki malah ada ketuat yang tumbuh di bahagian alat kelamin. Ketuat jenis ini pula merupakan sejenis Kanser Serviks (Kanser Pangkal Rahim) yang biasanya menyerang wanita. Dikatakan terdapat lebih 100 jenis virus HPV dan setiap jenis ketuat yang menyerang terdiri daripada keluarga virus yang berlainan.

Ketuat biasanya terjadi apabila imuniti atau antibodi badan seseorang lemah dan tidak mampu untuk melawan jangkitan virus tersebut. Tahukah anda, ketuat boleh berjangkit?, ya… ketuat boleh berjangkit jika terdedah atau luka. Oleh itu kepada sesiapa yang ada masalah ketuat janganlah melakukan perbuatan seperti mengopek, memotong, memecahkan ketuat tersebut. Malah ianya mudah untuk merebak melalui air, jadi hati-hati jangan mandi dalam satu tempat yang sama dengan mereka yang mengidap ketuat atau berkongsi tuala, kasut atau pemotong kuku yang digunakan dan telah bersentuhan dengan ketuat.

Lalu bagaimana cara untuk rawatan ketuat?, persoalan yang seterusnya. Ketuat boleh dirawat dengan menggunakan pembedahan laser, Immunoterapi dan pelbagai jenis rawatan yang lain. Sungguhpun begitu kos untuk rawatan tersebut boleh mencecah ratusan ringgit, jika nasib anda tidak baik mampu melonjak sehingga ribuan ringgit (huh… biar betul?).

Kaedah dan petua kampung?, langkah yang paling mudah adalah dengan mencuba petua dan perubatan secara kampung. Diimbas kembali sewaktu saya kecil-kecil dahulu semasa bermain masak-masak bersama “geng” perempuan, (haha…masa kecik dulu memang suka main masak-masak sebab ada budak perempuan… itu kenangan masa kecik-kecik dulu yer…) sewaktu membuat unggun api ada hamba Allah (saya lupa nama beliau) berkata, jika ada sesiapa yang mempunyai ketuat bolehlah ambil air yang keluar dari pangkal kayu yang hujungnya dibakar dan sapukan pada ketuat tersebut, insyaAllah akan hilanglah ketuat tersebut. Kebetulan ada salah seorang daripada kami yang sememangnya ada mempunyai ketuat. Lalu diimplimenkanlah petua tersebut, Alhamdulillah mujarab. Kepada sesiapa yang mempunyai masalah ketuat bolehlah mencuba petua tersebut yer atau guna petua di bawah…

a.) Vaseline – sapukan di bahagian kulit sekitar ketuat (kecuali ketuat), mengelakkan ereksi kulit kesan daripada cuka apple.

b.) Cuka apple – cuci ketuat dengan cuka apple dan tuang cuka apple pada kapas.

c.) Kapas – tekapkan pada ketuat.

d.) Pita pelekat (heavy duty) – balut dengan pita pelekat.

Setelah melakukan langkah-langkah di atas, biarkan selama 6 jam atau lebih sebelum membuka pita pelekat tersebut. Kesan daripada petua di atas pada hari ke 3 atau ke 4 akan terasa pedih pada bahagian ketuat. Ini kerana cuka apple tersebut telah meresap hingga ke akar ketuat dan mematikannya. Proses ini memakan masa sehingga 1 atau 2 minggu bergantung pada seseorang.

Sesiapa yang telah mencuba petua di atas, diharap bolehlah berkongsi pengalaman anda di blog ini untuk rujukan mereka yang mempunyai masalah yang sama. Adakah petua di atas berkesan buat anda???

 

Baca selanjutnya:

Cara membuang Skintag @ daging lebih…

Cara membuang biji kolestrol…

Tahi lalat adalah kansert…

Penawar saluran jantung & kandungan gula tinggi dalam darah …

Cara menghilangkan parut…

Gout hilang dalam 1 bulan ?…

Pesakit stroke / angin ahmar pulih setelah amalkan…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s