Pendrive Corrupt, Apa Nak Buat ??? (How to Recover Corrupted Pendrive)

Jika anda salah seorang pengguna Pendrive @ SD Card, anda mesti membaca entry ini dan ianya KHAS BUAT ANDA
1

Pernahkan perkara di atas (gambar) terjadi kepada anda ketika anda memasukkan pendrive anda pada USB komputer. Memang boleh gila dibuatnya kan, lebih-lebih lagi pendrive tersebut mengandungi pelbagai data-data penting. Kena pulak masa itu lah kita nak guna segala data yang tersimpan di dalam pendrive tersebut. Hmm… memang mencabar minda dan kesabaran kita kan. Usah risau jika masalah tersebut terjadi pada anda, ada lagi jalan penyelesaiannya. Macam mana ???

‘CMD’ = COMMAND

Ya, itulah jawapannya ‘cmd’. Dengan menggunakan cmd anda boleh menarik nafas lega dan mampu mendapatkan semula semua data-data yang hilang disebabkan pendrive yang corrupt. Mari ke langkah yang seterusnya kita cungkil bagaimanakah cara-cara untuk Recover Pendrive yang Corrupt.

2

Langkah Pertama, pergi ke butang ‘Start’ bahagian kiri bawah komputer anda dan klik butang tersebut maka image seperti di atas akan terpapar. Jika paparan adalah sama seperti image di atas ada dua pilihan yang boleh dibuat. Sama ada anda klik pada ikon ‘Run’ atau terus ke ikon ‘Command Prompt’. Jika paparan di komputer anda tidak sama seperti di atas apa yang perlu anda lakukan adalah kik ‘Start’‘All Programs’‘Accessories’ dan anda akan dapati ‘Run’ atau ‘Command Prompt’ ada di sana, klik salah satu darinya.

3

Langkah Kedua, sekiranya anda memilih untuk klik pada ‘Run’ maka image di atas akan dipaparkan. Type ‘cmd’ seperti ditunjukkan di atas dan klik ‘Ok’. Jika pilihan anda adalah ‘Command Prompt’ maka ini merupakan ‘short cut’ kepada langkah-langkah di atas. Seterusnya anda akan di bawa kepada ruangan Command untuk komputer seperti image yang dipaparkan di bawah.

4

 

Langkah Ketiga, seterusnya di dalam komputer bahagian command type ‘chkdsk e: /r’ seperti ditunjukkan dan klik ‘Enter’.

chkdsk = bermaksud command untuk ‘check disk’

e: = bermaksud partition ( tempat pendrive anda berada – ‘c’, ‘d’, ‘e’ dan sebagainya)

/r = bermaksud command agar komputer ‘repair’ partition tersebut

5

Langkah Keempat, setelah butang ‘Enter’ di klik maka proses di atas akan dilakukan. Ini di mana, komputer akan mulakan proses ‘repair’ satiap bahagian di dalam pendrive tersebut. Jika hasilnya adalah seperti di atas ‘The type of the file system is RAW’, maka buanglah pendrive anda ke dalam tong sampah. Sabar tuan-tuan dan puan-puan, jika anda mendapat hasil seperti di atas langkah yang perlu anda buat adalah format semula pendrive anda.

Langkah Kelima, jika proses format pendrive dilakukan maka semua data di dalamnya akan hilang. Atau anda beralih kepada cara recover yang lain, ini akan diceritakan di akhir entry ini. Harap bersabar ya tuan-tuan dan puan-puan…

‘RAW’ drive = partition di mana pendrive anda bukan dalam bentuk format file system untuk komputer seperti FAT 12/FAT 16/FAT 32/ atau NTFS/NTFS5. Ini boleh berlaku disebabkan Virus, Format Failure, Power Outages atau proses mematikan Operating System secara tiba-tiba (Accidentally Shut Down Operating System).

Jika proses berjalan lancar image seperti di bawah akan terpapar di mana proses ‘repair’ segala fail dan folder dilakukan.

 

 

Dalam proses tersebut, sestengah keadaan komputer akan memaparkan ‘error’, tetapi usah risau klik butang ‘Yes’ jika ianya dipaparkan. Proses recover akan berterusan sehinggalah proses tersebut hampir kepada penamatnya komputer akan tanya anda untuk simpan file/hasil daripada recover file atau tidak. Pilih ‘Yes’, komputer akan meakukan kerja yang seterusnya.

8

Penamatnya, komputer akan memaparkan semua file dan folder yang telah melalui proses ‘recover’ seperti image di bawah.

9

Pilihan kedua daripada Langkah Kelima adalah – Anda perlu download dan install ‘Data Recovery Software’, jangan risau… SOFTWARE INI PERCUMA sahaja dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Link untuk ‘Data Recovery Software’ adaah seperti di bawah.

10

Link: http://www.datarecoverysoftware.com/

Sila share sekiranya entry di atas berguna buat anda dan orang-orang di sekeliling anda. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini kita akan diluaskan rezeki oleh Allah SWT dan juga agar ianya akan menjadi salah satu daripada punca saham kita di akhirat nanti.

 

Baca selanjutnya:

Cara membuang kutil / daging lebih / skintag…

Cara membuang Skintag @ daging lebih…

Cara membuang biji kolestrol…

Tahi lalat adalah kansert…

Ketuat tanda kanser pangkal rahim…

Penawar saluran jantung & kandungan gula tinggi dalam darah …

Cara menghilangkan parut…

Gout hilang dalam 1 bulan ?…

Pesakit stroke / angin ahmar pulih setelah amalkan…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s