Penawar Saluran Jantung @ Darah Tersumbat dan Kandungan Gula Tinggi Dalam Darah.

Seringkali saya berjumpa dengan rakan-rakan dan sahabat handai, ada sahaja masalah dan cerita baru yang dibicarakan. Kali ini berkisar penyakit zaman moden iaitu saluran jantung tersumbat serta kandungan gula tinggi dalam darah. Semua ini ada kaitan dengan cara hidup kita yang menjadi punca serta masalah yang berlaku kepada diri kita sendiri. Di zaman yang serba moden, seiring dengan kepesatan pembangunan kita banyak didedahkan dengan pelbagai variasi makanan ‘Short Cut’ atau makanan segera yang kerap diambil serta sukar untuk dielakkan.

Perkara ini berlaku kepada saudara sekampung saya sendiri di mana beliau (pertengahan umur) telah disahkan mengidap pelbagai penyakit yang agak kronik. Puncanya adalah kandungan gula yang tinggi dalam darah atau badan. Pelbagai usaha telah dilakukan dan berbeban ubat telah ditelan namun tiada perubahan yang positif, walaupun ada hanyalah sekadar sementara waktu sahaja. Pelbagai petua yang didapati dari orang-perseorangan malah pelbagai petua diperolehi dari internat telah diimplimentasikan bagi menyembuhkan penyakit yang beliau hadapi walaupun sekadar untuk mengurangkannya. Namun harapan tinggal harapan, penawar kandungan gula yang tinggi dalam darah masih belum ditemui.

Sungguhpun begitu sebagai seorang hamba, beliau tetap sabar dengan segala ketentuan dan dugaan yang Allah SWT takdirkan untukya. Sehinggalah beliau diketemukan dengan Penawar Ringkas yang diamalkan oleh Encik Hakim semasa beliau melawat Shiwaal, Pakistan pada 18 April 2013 bagi menghadiri majlis tahunan Jemaah Tabligh. Ramuan ini telah diberikan oleh salah seorang daripada jemaah tabligh tersebut. Kebetulan selepas menghadiri majlis tahunan tabligh tersebut, beliau (Encik Hakim) akan menjalani pembedahan Angiography atau Pintasan Saluran Jantung. Jemaah tabligh tersebut menasihati beliau agar mencuba dahulu ramuan yang diberikan sebelum menjalani pembedahan tersebut dengan berbekalkan kalimah insyaAllah… akan sembuh… insyaAllah…

Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya dan saudara saya yang mengamalkan penawar kandungan gula tinggi dalam darah, daripada bacaan gula dalam darah 17 turun mendadak kepada 7.  Seterusnya beliau disahkan normal, bebas daripada masalah kandungan gula yang tinggi dalam darah yang beliau hadapi sebelum itu. Di sini saya ingin kongsikan penawar kandungan gula tinggi dalam darah yang beliau amalkan kepada pembaca semua. Penawar ini juga insyaAllah… berkesan untuk mereka yang ada masalah saluran darah tersumbat.

Penawar Saluran Darah Tersumbat dan Kandungan Gula Tinggi Dalam Darah:

1.) 1 cawan jus lemon

2.) 1 cawan jus halia

3.) 1 cawan jus bawang putih

4.) 1 cawan cuka epal

5.) 3 cawan madu asli

mrkjblog-wordpress-com
Penawar Darah Tersumbat dan Gula Tinggi Dalam Darah.

Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah dicampurkan kesemuanya ke dalam periuk (kecuali madu) dan dimasak dengan api yang perlahan sehingga kandungan tersebut berkurangan agak-agak dalam 3 cawan. Angkat dan biarkan sejuk, setelah sejuk masukkan madu ke dalamnya kacau sebati dan sedia digunakan. Masukkan ke dalam balang yang bersih dan simpan dalam peti sejuk untuk digunakan nanti. Amalkan mengambil ramuan tersebut tiap-tiap pagi setiap hari sebaik sahaja bangun dari tidur sebelum sarapan (perut masih kosong) sebanyak 3 sudu sahaja. InsyaAllah.. berhasil, kepada pembaca yang mengamalkan petua di atas sila maklumkan dan kongsi pengalaman anda di blog ini kesan daripada mengamalkan petua tersebut. Dengan ini agar semua tahu kebaikan dari amalan tersebut serta member mereka peluang untuk mencubanya.

Kepada mereka yang telah berkongsi maklumat penggunaan penawar di atas di dalam blog ini saya doakan semoga anda dikurniakan rahmat dan rezeki yang berpanjangan serta kesihatan yang berkekalan daripada Allah SWT, insyaAllah. Dan semoga maklumat yang anda kongsikan bersama ini menjadi saham yang tidak ternilai buat anda di akhirat kelak.

#Sila share artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia baik untuk anda dan orang di sekeliling anda…

 

Baca selanjutnya:

Cara membuang kutil, Skintag @ daging lebih…

Cara membuang biji kolestrol…

Tahi lalat adalah kansert…

Ketuat tanda kanser pangkal rahim…

Penawar saluran jantung & kandungan gula tinggi dalam darah …

Cara menghilangkan parut…

Gout hilang dalam 1 bulan ?…

Pesakit stroke / angin ahmar pulih setelah amalkan…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s