Penawar Dan Petua Akibat Melecur.

Salam sejahtera kepada pembaca yang sudi singgah di blog ini, semoga hari-hari anda sentiasa ceria dan bermakna. Kali ini saya ingin berbicara tentang dan akibat daripada melecur. Tidak kira melecur disebabkan tertumpah sesuatu yang panas atau akibat terpegang sesuatu yang panas.

Petua dan penawar sakit akibat melecur ini telah saya amalkan sehingga ke hari ini dan alhamdulillah ternyata berkesan mengurangkan kesakitan juga mengurangkan kesan sampingan daripada akibat dan kesan melecur. Apa yang akan diutarakan ini telah diguna pakai untuk kes-kes melecur atau terkena sesuatu yang panas bertahap kecil dan sederhana sahaja dan belum pernah diimplimenkan untuk kes-kes yang besar dan berat.

Terkena sesuatu yang panas sering terjadi bagi seseorang atau mereka yang sering terlibat atau terdedah secara langsung dengan punca tersebut. Di sini saya ambil contoh yang paling mudah iaitu mereka yang selalu berada di dapur (memasak) dan sudah tentunya mereka adalah isteri-isteri atau anak-anak perempuan kita malah zaman sekarang lelaki pun terlibat sama. Contoh, jika terkena air atau minyak panas sudah tentu perit rasanya. Namun langkah pertama yang perlu dilakukan bukanlah dengan menyiram tempat tersebut atau mengalirkannya di bawah air paip seperti yang banyak diperkatakan di internat atau bahan-bahan bacaan malah doktor sendiri akan mencadangkan sedemikian. Jika ini yang anda lakukan (siram dengan air paip) kesan yang akan timbul kemudian adalah tempat tersebut akan melepuh dan akan ada air  terkandung di bawah kulit yang melecur tersebut seperti gambar di bawah.

 

mrkjblog-wordpress-com
Kulit Melepuh terkena minyak dan benda panas.

Contoh seperti gambar di atas akan anda alami sekiranya tempat melecur atau terbakar tersebut dialirkan dengan air. Petua yang mudah adalah dengan menyapukan bahagian yang melecur tidak kira disebabkan oleh punca apa pun dengan Ubat Gigi. Ya, ubat gigi adalah penawar sakit akibat melecur atau terkena benda panas yang sangat mujarab, sudah tentunya dengan izin Allah jua. Sebaik sahaja kulit anda melecur lekas-lekaslah ambil ubat gigi dan sapukan rata seluruh tempat yang melecur tersebut. Fungsi ubat gigi, akan mengurangkan kesakitan akibat melecur dan anda akan dapati tempat yang melecur tersebut tidak akan melepuh seperti di dalam gambar di atas, insyaAllah… inilah petua yang saya sendiri amalkan sehingga ke hari ini dan sudah pastinya berkesan buat saya. Malah proses untuk kulit bersalin setelah sembuh lebih mudah dan cantik berbanding jika dialirkan air di kawasan melecur tersebut. Dengan menggunakan ubat gigi ini juga tidak akan mennggalkan kesan parut di kawasan tersebut. Sungguh pun begitu jalan yang terbaik adalah dengan menggunakan ais atau air ais pada bahagian tersebut.

Sekiranya terjadi juga parut di kawasan tersebut, apa yang perlu anda lakukan adalah hanya dengan menggunakan khazanah semulajadi alam kurniaan Ilahi memadai, iaitu dengan menggunakan daun dan buah pokok senduduk termasuk bunganya.

mrkjblog
Pokok Senduduk yang tumbuh liar.

Dengan menggunakan daun muda (pucuk) pokok senduduk dan dicampurkan dengan buahnya (yang belum masak) bersama bunganya kemudian ditumbuk lumat-lumat lalu ditempelkan ke kawasan yang berparut selama 3 hari, insyaAllah parut (untuk parut baru sahaja) akan hilang. Saya juga pernah mencuba petua ini untuk parut yang lama yang masih berwarna kehitam-hitaman (belum 100% sembuh) pun berkesan dengan izin Allah. Tidak kira parut lama atau baru anda boleh mencubanya. Mungkin ianya berkesan untuk anda, siapa tahu???

Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini berguna buat anda dan mereka yang berada disekeliling anda. Dipersilakan untuk share, semoga dengan usaha yang sedikit ini hidup kita akan diluaskan serta dilapangkan oleh Allah SWT, insyaAllah…

 

Baca selanjutnya:

Cara membuang kutil, Skintag @ daging lebih…

Cara membuang biji kolestrol…

Tahi lalat adalah kansert…

Ketuat tanda kanser pangkal rahim…

Penawar saluran jantung & kandungan gula tinggi dalam darah …

Cara menghilangkan parut…

Gout hilang dalam 1 bulan ?…

Pesakit stroke / angin ahmar pulih setelah amalkan…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s