Kesembuhan Hanyalah Dari Allah SWT.

allah

CERITA DARI MAKKAH AL-MUKARRAMAH.

Seorang doktor telah membuka klinik di Tanah Suci tersebut. Selama 6 bulan, tidak ada seorang pesakit pun yang datang untuk berubat dengannya mahupun menjenguk klinik beliau. Sehinggakan beliau merasa hairan, apakah orang-orang di situ tidak pernah sakit?. Akhirnya beliau mendapat jawapannya dari salah seorang Muslim di sana.

Muslim tersebut memberitahu:

Bila kami sakit ikhtiar yang pertama kami lakukan adalah, solat 2 rakaat dan memohon kesihatan daripada Allah SWT. InsyaAllah sembuh dengan izin dan kasih sayangNya.

Kalau belum sembuh, ikhtiar ke 2 iaitu baca surah Al-Fatihah dan surah-surah lain (syifa), kemudian tiupkan pada air dan minum. Alhamdulillah kami akan sihat, inilah Ruqyah untuk diri sendiri.

Tapi kalau belum sihat juga, kami lakukan ukhtiar ke 3 iaitu bersedekah dengan niat mendapat pahala kebaikan dan agar dijadikan jalan penyembuh sakit kami. InsyaAllah akan sembuh.

Kalau belum sembuh juga, kami akan ambil ikhtiar ke 4 iaitu banyak istighfar untuk bertaubat. Ini kerana sakit adalah satu sebab untuk diampuni dosa-dosanya.

Kalau belum sembuh juga baru kami akan lakukan ikhtiar ke 5 iaitu minum madu dan habbatussauda’.

Ikhtiar ke 6 adalah dengan mengambil makanan herba seperti bawang putih, buah tin, buah zaitun, buah kurma dan lain-lain seperti disebutkan di dalam Al-Quran.

Dan alhamdulillah… la hawla wala quwwataila billah. Jika belum juga sembuh baru kami ikhtiarkan yang ke 7 iaitu pergi ke doktor Muslim yang soleh. InsyaAllah akan diberikan kesembuhan dari Allah SWT.

Wallahutaala’alam…

 

Baca selanjutnya:

Cara membuang kutil, Skintag @ daging lebih…

Cara membuang biji kolestrol…

Tahi lalat adalah kansert…

Ketuat tanda kanser pangkal rahim…

Penawar saluran jantung & kandungan gula tinggi dalam darah …

Cara menghilangkan parut…

Gout hilang dalam 1 bulan ?…

Pesakit stroke / angin ahmar pulih setelah amalkan…

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s